2 Dec 2011

Perbezaan AM3 dan AM3+


AM3 merupakan model soket untuk pemproses AMD, manakala AM3+ merupakan inovasi pembaharuan pada teknologi AM3 dimana kelebihan yang ada pada AM3+. Ramai antara kita mungkin mempunyai masalah ketika membuat perbandingan antara AM3 dan AM3+, maka post ini adalah untuk membuat perbandingan dan Review berkenaanya.


AM3+ mempunyai lubang pin berukuran 0.51 mm, jika dibandingkan dengan AM3 adalah 0.45mm, dan ia direka sedemikian untuk memberikan pengkhususan untuk ketahanan dan keupayaan penghantaran kuasa yang lebih cekap.

Dan keputusan yang kita boleh dapati, CPU boleh mencapai kuasa sehingga 145A jika menggunakan soket tersebut,manakala capaian kuasa bagi AM3 hanyalah 110A, perubahan ini di beritahu oleh pembekal teknlogi ASUS  ,dimana penaiktarafan ini boleh mengurangkan isu berkenaan kekurangan bekalan kuasa.


Semakan semua terhadap spesifikasi elektrikal pada soket adalah meliputi perbezaan VID, ini kerana AM3+ menggunakan 3.4MHz VID manakala soket AM3 hanya mampu menanggung beban sehingga 400 KHz VID.

Ini juga merupakan rekabentuk yang lebih maju,dengan meminimumkan vDroop diman CPU akan mengendalikan pemantauan elektrik dalam julat yang stabil.

Dan perubahan ini memberikan kelebihan pada papan induk soket AM3+ mempunyai kurang hingar elektrikal dan pengendalian kecekapan kuasa meningkat sehingga 22%.

Dan akhirnya, dengan kemunculan AM3+,AMD memilih untuk merekabentuk kembali CCR (Modul Penyejuk Penahan Bergabung),Ini dibuat untuk memastikan hembusan udara melalui atas dan bawah penyejuk,dan inilah caranya litar VRM berkendali.

Prosessor bersoket AM3+ tidak boleh dimuatkan pada Papan utama AM3, manakala pemproses soket AM3 masih boleh digunakan pada papan utama AM3+, walaupun terdapat perbezaan pada jumlah pin , ia tidak menjadi masalah.

Sumber Asli Bahan Kajian: AMD dan ASUS

[Artikal Ini dimiliki oleh Standardcube.blogspot.com]

Stay Tuned

No comments:

Post a Comment