Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini masih belum diwartakan lagi.
Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit. <---- hanya dengan andaian anda akan ditangkap
sememangnya akta 114a merupakan contoh kelemahan struktur perundangan Malaysia yang kurang membuat penyelidikan dan kurang menyertai konfrantasi bersama pakar-pakar IT untuk berdiskusi tentang pembikinannya.
Ekoran berkuatkuasanya undang-undang baru ini, sebenarnya memberikan impak negatif kepada yang tetuduh, ini kerana hukuman akan dilaksanakan dahulu sebelum diadakan perbicaraan. Dengan lebih tepat lagi, anda akan disumbatkan kepenjara/lokap tahanan, sebelum perbicaraan menentukan anda bersalah.Korg tengok karikatur dibawah ni, kami sisipkan pemahaman kepada anda bagaimana perlaksanaannya dibuat oleh para manipulasi yang berniat jahat. Bak kata Dato Sri Anwar Ibrahim, bahawa undang-undang yg digubal pada masa kini membentuk penindasan dan undang-undang lapok, rasanya memang benar persepsi tersebut, adakah mungkin kerana hendak mengekalkan kuasa...isk3.Ketahuilah Persepsi/gurauan anda diinternet akan diperhatikan dan anda ditangkap sekiranya persepsi anda malas hendak dijawab dengan jawapan, anda akan dijawap dengan tangkapan.
![]() |
Anda DiHukum Dahulu Barulah Dibuktikan dan Dibicarakan |
Geng-geng SC mari kita sama-sama menolak undang-undang penindasan ini, anda akan dipersalahkan walaupun anda bukannya pesalah. Utk Pengetahuan artikal ini juga mungkin akan dikenakan akta 114a, tapi akta ini tidak relevan pada kami.
![]() |
Badge RASMI H.I.B |
kritikan berkenaan Akta 114a: sumber Revolusi Anak Muda Malaysia
Sumber Kritikan yang diterima dari: http://amanz.my/2012/08/hari-internet-blackout-malaysia/
No comments:
Post a Comment