Samsung Galaxy SIII
SGS3 bukannya produk kecantikan malah bukan juga produk permainan, Gadget ini merupakan SmartPhone. Terdapat 2 warna utama dipasaran, yakni warna Putih Marble dan Biru Pubble,selain daripada dua warna yang disebutkan tadi, kalau korang jumpa warna selain daripada itu, tak lain dan tak bukan ia adalah versi SGS3 Penipu Edition keke..
Dimensi ukuran kelebaran dan ketinggian adalah 136.6(ketinggian) x 70.6(kelebaran) x 8.6 (Kenipisan), manakala beratnya adalah 133 gram jer, kalau baling anjing, komfirm x mati, sebab ringan sangat, Saiz Paparan adalah 4.8inci bersama sekali terbina HD Super Amoled yang boleh menampung saiz kualiti digital sehingga 1280x720, cun giler la untuk korg tengok movie HD dalam phone ni, sebab dia xkan kompress korg punya format video sampai pecah-pecah.
Untuk Network/Bearer dan Sambungan Wireles, gadget ni memperuntukkan tampungan utk 2.5G(GSM/GPRS/EDGE):850/900/1800/1900mhz, 3G (HSPDA+21Mbps):850/900/1900/2100 MHz dan 4G( Bergantung pada pasaran)
Salah satu keupayaan yang sering ditegur adalah keupayaan menampung saiz memori kad, SGS3 boleh menampung saiz memori kad jenis microSD 16GB,32GB dan 64GB(tiada lg dlm pasaran).
OS yang digunakan adalah Android 4.0 (Icecream Sandwich), Battery 2100 mAh, Sambungan yang disediakan adalah Wifi jenis a/b/g/n, Wifi HT40, GPS,GLONASSS,NFC,Bluetooth4.0 siap terbina didalam peranti ini.
Keupayaan kamera adalah 8.0 Megapixel bersama sekali dengan Flash dan Shutter Lag BSI utk kamera penal belakang. manakala kamera panel hadapan adalah 1.9 Mega Pixel, HD recording @ 30 frame per saat dengan Zero Shutter Lag, BSI.
Sensor yang ada didalamnya adalah Accelerometer, RGB light, Digital Compass, Proximity, Gyro dan Barometer.
Disebabkan ia menggunakan Android sebagai OS, maka google juga ada menyediakan servis seperti Search,Maps,Mail,Latitude,Play Store,Play Books,Play Movies,Plus,Youtube,Talk,Places,Navigation dan Download.
Harga Terendah dipasaran RM1600
Harga Jualan Biasa yang didapati RM2190 + Free Blaa...bla...
Jadilah pembeli yang Bijak
No comments:
Post a Comment