19 Dec 2011

Tutorial : Cara Memasang Windows XP



Kepada anda yang masih menggunakan mesin komputer yang lama,sebenarnya untuk menjalankan format windows XP amatlah mudah jika dibandingkan dengan Windows ME,manakala kalau dibandingkan dengan Windows 7 adalah lebih susah hehe, Dan paling best kalau dibandingkan dengan cara cuci kereta haha... cuci kereta la paling senang sekali kehkehkeh.

Ok now lets continue to our pembelajaran yer wahai pembaca yang budiman

Step 1: Masukkan CD Windows XP anda pada pemacu CD dan tekan butang reset.

Step 2:Setelah butang reset ditekan sila gunakan kekunci F12 untuk menukar pirority bacaan komputer anda menghala ke bacaan pembaca Cekera Optik.

(Awas: kalau korang nk tahu kebanyakkan first time user akan kompius kt sini, sebab ada teknologi komputer tak menggunakan kekunci F12,jika ada pertanyaan tentang isu "Boot Sequence",sila nyatakan pada chatbox OK,saya akan usaha utk memberikan anda penyelesaiannya,nyatakan jenis motherboard atau laptop yang anda guna berserta siri model laptop tersebut).

selepas itu sila pilih CD Rom utk kelangkah yg seterusnya.Mesin anda akan dihidupkan kembali secara automatik dan tunggu sehingga keluar perkataan "Press any key ...bla...bla..." terpapar diskrin anda

Step 3:  Apabila "Press Anykey" Keluar sila cepat menekan apa2 butang untuk anda memasuki acara mengformat yang sebenar.




Step 4: To be a Continued....


17 Dec 2011

Pendedahan: Firefox Aurora - Firefox Itulah Aurora



Aurora - Aura Mozilla tetap akan meninggalkan IE



Cepat sangat tekologi berkembang!, para pelayar internet sememangnya menanti-nanti satu teknologi yang mungkin mendatangkan pengalaman dalam pengembaraan diinternet, semuanya adalah demi kepuasan, dahulunya ia dikenali sebagai "Mozilla Firefox Browser", dengan kedatangan HTML 5 dalam dunia teknologi, maka para pembina Browser telah mereka bentuk sebuah pembaharuan untuk memberikan para pengguna lebih merasai bagaimana HTML 5 berfungi dalam memberikan pengalaman anda berinternet. Mungkin masih tiada artikal berbahasa melayu yang sempat mengesan kedatangan pelayar AURORA ketika ini,harap saya menjadi penrintis sulung dalam memperkenalkan anda kepada AURORA browser, rasailah santapan perkembangan baru yang menarik, harap anda teruja apabila sudah memiliki AURORA browser :) . Sila ke pautan disebelah kanan blog ini untuk mendapatkan browser "Aurora" anda.

Antaramuka AURORA Browser


Jika ada sebarang pertanyaan sila adukan pada ruangan komen Oke

2 Dec 2011

Perbezaan AM3 dan AM3+


AM3 merupakan model soket untuk pemproses AMD, manakala AM3+ merupakan inovasi pembaharuan pada teknologi AM3 dimana kelebihan yang ada pada AM3+. Ramai antara kita mungkin mempunyai masalah ketika membuat perbandingan antara AM3 dan AM3+, maka post ini adalah untuk membuat perbandingan dan Review berkenaanya.


AM3+ mempunyai lubang pin berukuran 0.51 mm, jika dibandingkan dengan AM3 adalah 0.45mm, dan ia direka sedemikian untuk memberikan pengkhususan untuk ketahanan dan keupayaan penghantaran kuasa yang lebih cekap.

Dan keputusan yang kita boleh dapati, CPU boleh mencapai kuasa sehingga 145A jika menggunakan soket tersebut,manakala capaian kuasa bagi AM3 hanyalah 110A, perubahan ini di beritahu oleh pembekal teknlogi ASUS  ,dimana penaiktarafan ini boleh mengurangkan isu berkenaan kekurangan bekalan kuasa.


Semakan semua terhadap spesifikasi elektrikal pada soket adalah meliputi perbezaan VID, ini kerana AM3+ menggunakan 3.4MHz VID manakala soket AM3 hanya mampu menanggung beban sehingga 400 KHz VID.

Ini juga merupakan rekabentuk yang lebih maju,dengan meminimumkan vDroop diman CPU akan mengendalikan pemantauan elektrik dalam julat yang stabil.

Dan perubahan ini memberikan kelebihan pada papan induk soket AM3+ mempunyai kurang hingar elektrikal dan pengendalian kecekapan kuasa meningkat sehingga 22%.

Dan akhirnya, dengan kemunculan AM3+,AMD memilih untuk merekabentuk kembali CCR (Modul Penyejuk Penahan Bergabung),Ini dibuat untuk memastikan hembusan udara melalui atas dan bawah penyejuk,dan inilah caranya litar VRM berkendali.

Prosessor bersoket AM3+ tidak boleh dimuatkan pada Papan utama AM3, manakala pemproses soket AM3 masih boleh digunakan pada papan utama AM3+, walaupun terdapat perbezaan pada jumlah pin , ia tidak menjadi masalah.

Sumber Asli Bahan Kajian: AMD dan ASUS

[Artikal Ini dimiliki oleh Standardcube.blogspot.com]

Stay Tuned

1 Dec 2011

Permainan: Call Of Duty Black Ops


Misi tembak menembak lebih real dengan kemunculan Call Of Duty - Black Ops, mana taknya, Efek tembakan seolah-olah real,sekali tesilap langkah,tiba-tiba darah terpecik ke skrin, permainan ni semakin best kalau korang gunakan efek audio 5.1 dan 7.1 untuk mendapatkan gema bunyi yang lebih real, tapi korg kena beringatlah, kalau ada sakit jantung, pakai jer speaker lowyaa jer hehe, tapi korang x dapat rasa la erti kepuasan bermain game High Definition ni kan. 




Kalau korang berkenan nak review legkap game ni, MC suggestkan korg klik link ni
Web Rasmi Call Of Duty:http://www.callofduty.com/blackops